the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

EU akan kemukakan laporan undang-undang mengenai israel kepada Majlis Menteri Luar

BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah sedang menyediakan laporan undang-undang bagi tindakan terhadap Israel yang dijangka dibentangkan kepada Majlis Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) pada 23 Jun ini, kata Presiden Majlis Eropah Antonio Costa.

Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) yang memetik sumber media, laporan berkenaan berkemungkinan membuka ruang kepada pelaksanaan sekatan separa terhadap Israel tanpa memerlukan persetujuan sebulat suara semua negara anggota, sekiranya didapati Israel gagal memenuhi kewajipan hak asasi manusia di bawah Perkara 2 Perjanjian Persatuan antara EU dan Israel.

Costa dalam satu kenyataan media merujuk kepada kandungan laporan yang bakal dibentangkan berkata: “Situasi di Gaza adalah sama sekali tidak dapat diterima dan apabila anda menonton saluran televisyen anda serta membaca akhbar anda, saya fikir kesimpulan yang anda capai adalah jelas.”

Difahamkan, 17 daripada 27 negara anggota telah meminta penilaian undang-undang itu manakala sembilan lagi menentangnya. Perkara 2 perjanjian itu menyediakan rangka kerja undang-undang bagi hubungan istimewa antara Israel dan EU dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan.

Walaupun pembatalan sepenuhnya Perjanjian Persatuan memerlukan persetujuan sebulat suara negara anggota — yang dijangka ditentang oleh beberapa negara — EU kini mempertimbangkan langkah-langkah separa yang boleh mengurangkan skop perjanjian berkenaan tanpa memerlukan persetujuan sebulat suara, sebaliknya hanya memerlukan majoriti khas.

Empat diplomat Eropah memberitahu Politico bahawa tekanan semakin meningkat terhadap Suruhanjaya Eropah agar mengemukakan cadangan praktikal untuk menurunkan taraf hubungan dengan Israel sekiranya terbukti berlaku pelanggaran klausa hak asasi manusia dalam perjanjian berkenaan.

Dua minggu lepas, Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot menggesa agar perjanjian itu dikaji semula dan laporan sebelum ini menunjukkan bahawa Perancis, Britain, Belanda dan Belgium sedang meneroka kemungkinan untuk mengiktiraf negara Palestin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings