the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Syarikat teknologi UK digesa bina masa depan digital dinamik di Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa syarikat teknologi dari United Kingdom (UK) berganding bahu bagi membina masa depan digital yang dinamik di negara ini.

Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika berucap di Forum Gerbang Digital UK-Malaysia di London turut meletakkan Malaysia sebagai kuasa serantau untuk inovasi, pelaburan digital dan pembangunan teknologi yang mampan.

“Malaysia terbuka untuk inovasi. Visi kami berpaksikan kepada tiga pemangkin utama iaitu infrastruktur bertaraf dunia, tadbir urus data yang dipercayai dan kepercayaan institusi.

“Inilah asas yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama untuk pelaburan teknologi bernilai tinggi di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Gobind berada di London bagi menghadiri London Tech Week yang turut menjadi platform bernilai untuk Malaysia mendapatkan pandangan serta menjalin kerjasama dalam bidang baharu seperti tadbir urus kecerdasan buatan (AI), bandar pintar dan kelestarian digital.

Dalam forum tersebut, beliau turut menekankan komitmen Malaysia untuk menjadi hab digital yang maju dan bersedia menghadapi masa depan yang terbuka kepada kerjasama antarabangsa serta bersedia untuk pertumbuhan bernilai tinggi dan mampan.

Beliau turut menunjukkan trajektori pertumbuhan digital Malaysia yang kukuh dengan merujuk kepada angka pelaburan yang memberangsangkan bagi suku pertama 2025.

“Dalam tempoh ini, sebanyak 107 syarikat baharu diluluskan di bawah rangka kerja Malaysia Digital dengan jumlah nilai pelaburan sebanyak RM13.1 bilion (GBP 2.3 bilion).

“Pelaburan ini dijangka mewujudkan 4,199 peluang pekerjaan baharu dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Gobind turut mengundang rakan-rakan dari UK untuk menyertai acara utama pada masa akan datang termasuk Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada Ogos 2025 serta Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada September 2025.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings