the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lembaga pengasas Majlis Media Malaysia dijangka dibentuk menjelang sambutan HAWANA – Fahmi

PUTRAJAYA: Lembaga pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) dijangka dapat dibentuk menjelang sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang bakal diadakan pada Jun ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 telah diluluskan di Dewan Negara hari ini, sekali gus menjadi detik bersejarah ke arah mewujudkan media yang lebih demokratik, bebas dan beretika di negara ini.

“Langkah seterusnya adalah untuk mendapat perkenan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) dan seterusnya dikuatkuasakan. Kita jangka menjelang sambutan HAWANA, lembaga pengasas kepada MMM ini dapat dibentuk dan proses pembentukan majlis dapat dipercepat.

“Alhamdulillah, saya percaya kita akan dapat pastikan usaha untuk meningkatkan kredibiliti pengamal media dengan MMM itu sendiri menetapkan standard dan tatakelola yang tinggi,” katanya dalam sidang media mingguan di sini hari ini.

Fahmi berkata Kerajaan MADANI komited untuk memperkasakan industri media di negara ini, dengan memastikan kebebasan media terus terpelihara, di samping menjamin penyampaian maklumat yang bertanggungjawab, tepat, sahih dan beretika kepada masyarakat.

Sebelum ini RUU itu diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Feb.

RUU itu membuka jalan untuk mewujudkan badan kawal selia kendiri yang melindungi kebebasan media dan memastikan etika kewartawanan dipatuhi, sekali gus memperkasakan industri media di Malaysia.

Sambutan HAWANA tahun ini yang akan diadakan di ibu negara, bakal menjadi platform untuk menghimpunkan organisasi media daripada seluruh ASEAN bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama, selain mengenal pasti cabaran terkini dalam industri media.

Pengamal media ASEAN akan dijemput untuk beberapa program sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

China’s digital hub Hangzhou hosts conference on AI, OPC

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - The inaugural AI+OPC Innovation and Development Conference was held from June 29 to 30 in Shangcheng District, Hangzhou, capital city of east China's Zhejiang Province.

OTP Bank Becomes First EU Financial Institution to Open a EUR 7 Billion EMTN...

BUDAPEST, HUNGARY and HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - OTP Bank Plc. ("OTP Bank" or "OTP"), the leading banking group in Central and Eastern Europe (CEE), today marked the establishment of its EUR 7 billion Euro Medium Term Note (EMTN) programme on the Stock Exchange of Hong Kong Limited (the "Hong Kong Stock Exchange" or "HKEX") with a commemorative gong ceremony at the Connect Hall, Hong Kong Stock Exchange. OTP is the first European Union financial institution to open an EMTN programme on the exchange.

Greenworks Deepens Its Localisation Strategy in Europe, Building a New Pillar for Global Growth

FLORENCE, ITALY - Media OutReach Newswire - 30 June 2026 - At the Greenworks European Dealer Conference, Greenworks announced the rollout of its 24V PowerAll power tool range across Europe, marking the completion of its rollout across the United States, Asia-Pacific and Europe. It marks a new phase in its strategy, with power tools becoming a core pillar alongside its established garden tool business.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings