the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 28, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tahan dua warga Myanmar, rampas syabu dan ubat batuk kodeina

Polis tahan dua warga Myanmar di Selayang, rampas 53.79g syabu dan 95 botol ubat batuk kodeina untuk edaran di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga Myanmar dan merampas dadah jenis methamphetamine serta ubat batuk mengandungi kodeina dalam satu serbuan di Kompleks Pasar Borong Selayang.

Serbuan itu berlaku pada 23 Januari kira-kira jam 10.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata seorang suspek berusia 26 tahun ditahan terlebih dahulu di kawasan anak tangga kompleks tersebut.

Suspek itu kemudian memandu arah pasukan polis ke sebuah rumah di tingkat dua kompleks yang sama.

Seorang lagi lelaki warga asing ditahan ketika sedang baring di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik tersebut telah menjumpai empat kotak mengandungi 95 botol cecair disyaki ubat batuk mengandungi kodeina dan satu paket plastik berisi dadah jenis methamphetamine seberat 53.79 gram,” katanya.

Kedua-dua suspek merupakan pemegang kad UNHCR dan bekerja sebagai buruh kasar di pasar borong berkenaan.

Mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Siasatan mendapati kedua-dua suspek terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak enam bulan lepas.

Jumlah keseluruhan rampasan dadah tersebut mampu menampung penggunaan 5,872 penagih.

Ujian urin mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.

Pihak polis percaya pasaran bagi bekalan dadah ini adalah di sekitar Lembah Klang.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 29 Januari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan. 

Related

spot_img

Latest

KPMG: Tech executives double down on AI, talent, and adaptive strategies to lead in the Intelligence Age

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 January 2026 - KPMG's Global tech report 2026reveals that organizations worldwide are moving beyond pilots and seeking to embed AI into core workflows and offerings, striving to scale investments.

MemeStrategy Debuts Museum-Quality “Grade10 Vault” for Pro Trading Card Collectors

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 January 2026 - MemeStrategy, Inc. (HKEX:2440), a Hong Kong-listed digital asset company, today takes a major step toward building a comprehensive trading card ecosystem by launching Grade10 Vault—a professional trading card vaulting service with blockchain-enabled ownership records for collectors and dealers.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories