the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kertas sejarah SPM didakwa bocor: KPM akan ambil tindakan undang-undang – Wong

IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bagi subjek Sejarah.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata buat masa ini pihaknya sedang mengenal pasti individu yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

“Saya nak ingatkan pihak yang menyebarkan maklumat palsu ini bahawa anda sedang dipantau oleh KPM dan pihak terlibat.

“Sekiranya perkara ini terbukti, maka anda perlu bertanggungjawab dan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya ketika ditemui pada Program Tahun Baharu Cina di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Sam Tet di sini hari ini.

Semalam, KPM menerusi satu kenyataan menafikan dakwaan berlaku kebocoran kertas peperiksaan SPM 2024 bagi subjek Sejarah susulan tangkap layar yang ditularkan hanya mengandungi senarai tajuk ramalan dalam buku teks subjek berkenaan.

Justeru, KPM dalam kenyataan sama menegaskan dakwaan itu tidak menepati definisi kebocoran mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sementara itu, Wong berkata pihaknya komited memastikan peperiksaan SPM pada tahun ini dilaksanakan secara adil selain mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak RM791 juta diperuntukkan bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang akan diagihkan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 pelbagai aliran di seluruh negara.

“Jumlah pada tahun ini lebih tinggi berbanding tahun lepas yang dicatatkan sekitar RM788 juta. Peningkatan ini juga mengambil kira dari sudut pemberian BAP yang dibuka kepada pelajar tingkatan enam pelbagai aliran di seluruh negara,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings