the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bangunan Parlimen kini dilengkapi sistem CCTV canggih bernilai RM5.2 juta

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Sistem keselamatan Bangunan Parlimen dinaik taraf dengan CCTV pintar berteknologi tinggi dan sistem sandaran dewan persidangan bernilai RM16.6 juta.

KUALA LUMPUR: Bangunan Parlimen kini dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) moden dan canggih bagi memperkasa keselamatan kompleks tersebut.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek pemasangan kamera baharu itu melibatkan kos RM5.2 juta dan telah siap dalam tempoh 12 bulan.

“Matlamat utama projek ini adalah memperkasakan sistem keselamatan Bangunan Parlimen dengan teknologi terkini bertaraf dunia termasuk integrasi ciri pintar dalam sistem CCTV lengkap dengan fungsi analitik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan projek kerja baik pulih sistem dewan persidangan dan sistem CCTV bagi kompleks Parlimen.

Projek itu meliputi pemasangan di Blok Utama, naik taraf Bilik Kawalan Utama, serta penambahan kamera di Dewan Serbaguna, kediaman rasmi Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Taska Parlimen.

Nanta turut memaklumkan kerja baik pulih sistem persidangan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat telah disiapkan dalam tempoh 16 bulan dengan kos RM16.6 juta.

Objektif utama projek sistem persidangan adalah menyediakan sistem sandaran untuk memastikan sesi tidak terganggu sekiranya sistem utama gagal.

Meskipun melibatkan pemodenan teknologi, elemen konservasi tetap dikekalkan memandangkan status Bangunan Parlimen sebagai Tapak Warisan Kebangsaan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata dewan persidangan yang dinaik taraf kini berfungsi sebagai sistem sokongan sekiranya berlaku gangguan di dewan utama.

Ruang itu juga telah diubah suai bagi memenuhi dua fungsi penting iaitu sebagai lokasi persidangan Parlimen Belia dan penempatan baharu bagi Kamar Khas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings