the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sindiket pemalsuan dokumen ditumpas, lima warga Bangladesh ditahan

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dalam operasi khas di dua lokasi di Kuala Lumpur semalam.

Operasi pada pukul 9.40 pagi itu dijalankan hasil risikan selama tiga minggu melibatkan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas.

Lima lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 19 hingga 41 tahun berjaya ditahan termasuk dua dipercayai dalang utama sindiket tersebut.

Tiga daripada mereka memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara di bawah sektor pembinaan manakala seorang memiliki Pas Pelajar.

Seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Pasukan operasi turut menyita pelbagai dokumen dan peralatan dipercayai digunakan untuk menghasilkan pasport palsu.

Antara barang rampasan termasuk lapan pasport Bangladesh, satu pasport India, tiga pasport Bangladesh disyaki palsu dan empat pasport Indonesia disyaki palsu.

Set komputer, set pencetak, muka surat pasport pelbagai negara dan kulit pasport turut dirampas.

Dakwat, peralatan pemotong, 11 telefon bimbit, wang tunai RM2,100 serta sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz juga disita.

Modus operandi sindiket menggunakan pasport palsu khusus untuk melepasi pemeriksaan kesihatan FOMEMA.

Individu yang sepatutnya tidak hadir ke klinik panel sebaliknya menggunakan pasport palsu dengan butiran baharu namun memaparkan wajah sebenar mereka.

Setiap pasport dikenakan bayaran antara RM150 hingga RM250 sebelum dilupuskan selepas pemeriksaan selesai.

Sindiket itu tidak tertumpu kepada satu klinik sahaja malah menggunakan taktik berbeza bagi mengaburi pihak berkuasa.

Orang sama menggunakan pasport palsu berbeza untuk hadir ke klinik berlainan secara bergilir-gilir.

Sindiket dipercayai aktif sejak tiga bulan lepas menggunakan kediaman mewah sebagai pusat operasi bagi mengelakkan dikesan.

Mereka menggunakan ejen warga Bangladesh untuk mencari pelanggan yang memerlukan dokumen tersebut.

Semua warga asing terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.

Mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings