the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penutupan jalan di Seberang Jaya sempena sambutan Maulidur Rasul negeri P. Pinang

BUKIT MERTAJAM: Beberapa jalan di Seberang Jaya ditutup pada Jumaat ini, dari 7 hingga 10 pagi bagi memberi laluan kepada perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata jalan terlibat ialah Jalan Perpustakaan, Lebuh Tenggiri 2, Jalan Tenggiri menuju ke Bulatan Siakap dan Jalan Siakap ke Masjid al-Muhajirin di Seberang Jaya.

“Sambutan akan dimulakan dengan perarakan dari Kompleks Kastam Seberang Jaya dan berakhir di Dewan Wisma al-Ansar, Masjid al-Muhajirin melibatkan jarak 1.5 kilometer,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Helmi menasihatkan orang awam dan pengguna jalan raya merancang perjalanan lebih awal atau menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan polis di lokasi bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

Beliau turut memohon kerjasama semua agar menjaga keselamatan dan ketenteraman sepanjang perarakan berlangsung. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings