the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aktiviti zikir pelik di tanah perkuburan, polis serah siasatan kepada JAWI

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes sekumpulan individu berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya menerima laporan berkenaan daripada orang awam yang dibuat berdasarkan satu video tular.

Beliau berkata perbuatan itu dipercayai berlaku pada Sabtu, kira-kira 10.05 pagi sebelum video mengenainya tular pada petang hari yang sama.

“Laporan oleh orang awam pula diterima pada 4.23 petang semalam dan kes ini dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak hingga mengundang kebimbangan masyarakat khususnya orang Islam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings