the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa ibarat barah buat negara – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR: Rasuah, ketirisan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah ibarat barah yang sedang merosakkan anatomi negara, mengakibatkan rakyat menanggung beban berat, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah untuk memurnikan kecelaruan yang dihadapi, sistem pentadbiran, tadbir urus dan tatakelola berasaskan nilai, prinsip, dan amanah perlu dijadikan teras dalam membentuk budaya kerja, menjangkaui batasan kaum dan agama, status sosial dan status ekonomi.

“Ketika ini, amatlah mengaibkan negara dan sangat membimbangkan rakyat jelata, perlakuan-perlakuan rasuah, ketirisan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah yang dilaporkan berlaku,” titah baginda pada Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) ke-64, di sini hari ini.

Sultan Nazrin yang juga Canselor UM bertitah tanggungjawab universiti tidak lengkap jika sekadar menghasilkan bilangan graduan yang ramai, sebaliknya universiti juga bertanggungjawab membentuk karakter dan membina jiwa insaniah graduan secara menyeluruh.

Titah baginda aspek yang lebih penting ialah kejayaan universiti memupuk dan menyemai nilai murni dalam diri setiap graduan, agar memiliki kekuatan dalaman dan memahami aspek-aspek etika, moral, akauntabiliti, serta integriti apabila dipertanggungjawabkan dengan amanah.

Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya kali ke-64 melibatkan 16 sidang, berlangsung bermula hari ini sehingga 8 Dis.

Seramai 9,253 graduan yang telah memenuhi kriteria akademik, layak dianugerahkan ijazah dan diploma; 598 graduan akan menerima ijazah Doktor Falsafah, 3,079 graduan ijazah Sarjana dan Diploma Pascasiswazah, 4,241 graduan ijazah Sarjana Muda dan 1,335 graduan Diploma Eksekutif dan Diploma.

Universiti Malaya berjaya melonjakkan kedudukan ke tahap 60 universiti terbaik dunia dalam QS World University Rankings 2024, selain menduduki tempat ke-12 di Asia, dan terus unggul sebagai universiti terbaik di Malaysia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings