the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa tidak jejas hubungan dagangan dengan AS – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ketegasan Malaysia dalam dasar luar negara yang menekankan kebebasan menyuarakan hak, juga sebagai mewakili sentimen rakyat Malaysia termasuk dalam aspek mengekalkan prinsip pemusatan apabila mengambil alih kepengerusian ASEAN.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun menjalin hubungan baik dengan AS dan Eropah, kedua-dua pihak terbabit tidak boleh menafikan hak Malaysia yang turut mengambil langkah-langkah perlu bagi mengekalkan hubungan itu.

“Kita tidak hanya jalin hubungan yang baik dengan (pentadbiran Presiden Joe) Biden, tapi juga dengan bakal Presiden Donald Trump. (Pada masa sama) kita juga perlu suarakan kepekaan rakyat Malaysia dengan mengambil sikap bebas dan ini tidak menghalang hubungan dengan China dan Rusia.

“Kita harus menggunakan kebijaksanaan dan mengekalkan hubungan diplomatik yang baik,“ kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lanjut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mengenai usaha Malaysia menseimbangkan hubungan dengan AS apabila Trump mengambil alih pentadbiran ketika Malaysia turut menjalin hubungan dengan Palestin, Rusia dan China.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings