the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tunku Azizah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif UiTM

SHAH ALAM: Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas sumbangan dalam memperkasa serta memartabatkan seni warisan budaya pada peringkat antarabangsa.

Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor, kampus induk UiTM di sini hari ini.

Sultan Ibrahim ketika bertitah pada istiadat berkenaan turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap pencapaian Tunku Azizah yang juga adinda Seri Paduka Baginda, kepada industri seni kreatif negara.

Turut berangkat pada Istiadat hari ini ialah Pro-Canselor UiTM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.

Shahrin ketika mempersembahkan anugerah memaklumkan penganugerahan itu sebagai mengiktiraf sumbangan meluas Tunku Azizah dalam bidang seni tekstil dan seni kraf tradisional antaranya menerusi penglibatan aktif dalam menaungi beberapa organisasi di dalam dan luar negara bagi memartabatkan seni warisan negara itu.

Beliau berkata sumbangan signifikan Tunku Azizah dalam memasyhurkan Kain Tenun Pahang Diraja telah diiktiraf melalui Anugerah Ikon Kraf 2019 daripada Majlis Kraf Dunia di India sekali gus mengangkat martabat kesenian warisan tradisi negara ke tahap yang tinggi.

“Pada 2006, Tenun Pahang telah mendapat pengiktirafan diraja dan kini dikenali dengan nama Tenun Pahang Diraja sekali gus mengangkat martabat seni tekstil ini pada peringkat yang lebih tinggi,“ katanya.

Shahrin berkata sumbangan Tunku Azizah turut terbukti melalui penubuhan Institusi Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Afzan terletak di Kompleks Budaya Pulau Keladi, Pekan, Pahang yang berperanan untuk memberi ilmu kepada generasi muda agar seni tradisi itu tidak hilang ditelan zaman.

Beliau berkata kemahiran seni tangan Tengku Ampuan Pahang itu turut diterjemahkan melalui Projek Tenun Pahang yang telah diperluas kepada penghuni penjara Penor dan Bentong serta beberapa penjara lain.

“Minat yang mendalam ini juga telah membawa kepada penubuhan syarikat yang menghasilkan kain tenun, dikenali ‘Che Minah Sayang’. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan masyarakat menghasilkan karya yang bermutu untuk dikomersialkan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings