the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024 dibentang untuk bacaan kali pertama

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.

Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, RUU itu untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (Akta 445).

Sebelum pindaan dicadangkan, setiap entiti Labuan dikehendaki untuk mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu akuan berkanun dan suatu penyata keuntungan dalam tempoh tiga bulan dari permulaan sesuatu tahun taksiran.

Dengan pindaan yang dicadangkan dan berikutan pengenalan sistem taksir sendiri, setiap entiti Labuan dikehendaki untuk mengemukakan penyata keuntungan dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

Pindaan yang dicadangkan seterusnya memperuntukkan penyata keuntungan hendaklah dikemukakan melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik.

Pindaan ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2025 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings