the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes dadah bekas pembantu penyelidik ahli politik dipindah ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther yang dituduh mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret M. S Arunjothy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham untuk memindahkan dan membicarakan kes berkenaan di mahkamah berkenaan.

Permohonan itu tidak dibantah oleh peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Sementara itu, bagi satu lagi kes dihadapi Muhammed Yusoff atas tuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di hadapan Majistret S. Mageswary, Izzat Amir memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan kes seterusnya.

“Kami mahu meneliti sama ada kes memiliki pistol ini wajar dibicarakan bersama-sama satu lagi kes yang dihadapi tertuduh iaitu pengedaran dadah. Kami mohon tarikh singkat, jika dibenarkan sebulan dari hari ini,“ kata Izzat Amir.

Muhammad Rafique berkata pihaknya tidak membantah permohonan pendakwaan dan memohon pembelaan dibekalkan dengan salinan pertuduhan (memiliki pistol) yang dihadapi anak guamnya, sebagaimana dijanjikan dalam prosiding terdahulu.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mageswary menetapkan 13 Dis ini untuk sebutan semula kes.

Pada 12 Sept lepas, Muhammed Yusoff, 31, didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram, dalam kenderaan dinaikinya, di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada 10.15 pagi, 6 Sept lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan juga hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Pada 9 Okt, Muhammed Yusoff didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada 9.25 pagi, tarikh sama (6 Sept).

Dia yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings