the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lubang sedalam enam meter di jalan Lojing–Gua Musang sedang dibaiki – Polis

GUA MUSANG: Sebuah lubang sedalam enam meter yang berlaku di Jalan Lojing–Gua Musang di Kampung Jekjok, Pos Brooke, di sini sedang dibaiki, kata Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo.

Beliau berkata pada masa ini hanya satu lorong dibuka bagi pengguna jalan raya dari Lojing dan Cameron Highlands.

“Beberapa tanda peringatan juga diletakkan mengenai kerja-kerja pembaikan jalan itu,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Penghulu Kampung Jekjok, Pos Brooke, Jubir Sekmo berkata kejadian lubang sedalam enam meter dipercayai berpunca daripada hujan berlarutan selama tiga hari menyebabkan aliran air yang banyak menuju ke bawah tanah.

Kejadian itu katanya, disedari kira-kira 8 pagi Sabtu lepas sebelum penduduk setempat bertindak meletakkan halangan di atas jalan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan utama Gua Musang–Lojing itu.

“Kejadian ini kali pertama berlaku dan kami risau lebih banyak kawasan berisiko mengalami lubang benam yang boleh menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

“Selain itu, lubang berkenaan juga dipercayai akibat kesan penerokaan dan pembukaan kawasan hutan untuk tujuan membuka ladang sayur selain air hujan mengalir dengan deras di bawah tanah,” katanya kepada pemberita di Kampung Jekjok di sini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings