the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli Parlimen cadang laporan kewangan, pelaburan GLC dan GLIC dibentang di Parlimen

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen hari ini mencadangkan rasionalisasi badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dilaksanakan dengan tegas dan sistematik.

Ini termasuk penekanan terhadap tatakelola yang baik serta keperluan untuk membentangkan laporan kewangan atau pelaburan berkepentingan awam di Parlimen.

Merujuk kepada isu kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) baru-baru ini, beberapa Ahli Parlimen membangkitkan isu pengurusan dan tatakelola dalam badan berkanun, GLC dan GLIC yang perlu ditangani segera.

Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) pada perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat berkata isu yang terpalit melibatkan badan berkanun atau agensi kerajaan, GLC dan GLIC bukan sahaja melibatkan kerugian wang rakyat malah soal tatakelola dan akauntabiliti dalam pengurusan agensi terbabit.

“Segala pelaburan berkepentingan ataupun penyata kewangan setiap GLC, GLIC utama haruslah dibentangkan dan dibincangkan di Parlimen terutamanya di Jawatankuasa Khas Parlimen Kewangan.

“Jika boleh, kita wujudkan satu Jawatankuasa Parlimen Khas Untuk Reformasi GLC dan GLIC…perlu ada langkah-langkah perlindungan dan proses pemantauan yang rapi. Seperti yang saya kata, untung rugi itu sebahagian daripada pelaburan tapi ia boleh dikawal dan pembaziran dapat dielakkan kerana ini duit rakyat,” katanya.

Justeru beliau berkata langkah rasionalisasi badan berkanun dan GLC di Malaysia dilihat membuka peluang untuk meningkatkan kecekapan, akauntabiliti dan penyampaian perkhidmatan dalam sektor awam.

Sementara itu, Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) meminta kerajaan memperhalusi proses tatakelola dalam kelulusan sesuatu pelaburan melibatkan GLIC memandangkan ia melibatkan penggunaan dana awam.

“Isu pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet yang mengalami kerugian hampir RM43.9 juta, ini satu jumlah yang amat besar dalam konteks dana amanah yang (selepas mengalami kerugian) hanya minta maaf dan letak jawatan, selesai.

“Ini tatakelola yang perlu diperhalusi oleh kerajaan kerana…(perkara mengenai) tatakelola disebut oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) semasa pembentangan bajet sebelum ini,” katanya.

Isu tatakelola juga dibangkitkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang turut menggesa kerajaan memastikan wang rakyat dibelanja dengan baik serta bertanggungjawab dan bukan secara semberono.

Persidangan bersambung esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings