the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lokasi kenderaan jatuh dalam tebing kawasan runtuhan lama – MPAJ

KUALA LUMPUR: Lokasi kejadian sebuah Proton Saga yang terjatuh ke dalam runtuhan tebing di Taman Lembah Maju, dekat sini pada 4 pagi tadi adalah kawasan runtuhan lama yang berlaku 12 Okt lepas.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam kenyataan memaklumkan pasukan penguat kuasanya bersama anggota Balai Polis Pandan Indah serta Bomba dan Penyelamat Pandan Indah telah ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Kereta berkenaan berjaya dibawa keluar dari kawasan tebing menggunakan kren pada 11.30 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kerja-kerja penyelenggaraan paip juga sedang dijalankan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan kerja-kerja pembaikan tebing akan diteruskan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),“ kata kenyataan itu hari ini.

MPAJ memaklumkan lokasi berkenaan telah ditutup menggunakan penghadang konkrit serta pita keselamatan bagi menghalang kenderaan serta orang awam daripada memasuki kawasan tebing yang sedang dibaiki, selain memberi laluan JPS menjalankan kerja-kerja pembaikan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan yang sedang dalam pembinaan bagi tujuan keselamatan,“ mengikut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings