the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

GISBH: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa – Nancy

TUMPAT: Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) masih belum dituntut ibu bapa mereka, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata ini berkemungkinan kerana ibu bapa kanak-kanak berkenaan bimbang akan ditahan sekiranya datang untuk mengambil anak-anak mereka.

“Mereka risau datang untuk menuntut anak kerana urusan itu melibatkan polis, tetapi sebenarnya yang ditahan itu ada kesalahan lain,“ katanya kepada pemberita selepas menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Tumpat 2 di sini, hari ini.

Nancy berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghubungi ibu bapa kanak-kanak berkenaan, namun tiada maklum balas diterima.

“JKM perlu memulangkan kanak-kanak ini kepada ibu bapa mereka kerana ada tempoh tertentu yang ditetapkan mahkamah,” katanya menambah terdapat prosedur khas bagi menyerahkan kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata JKM perlu mendapatkan perintah mahkamah bagi orang yang layak dan sesuai untuk menjaga kanak-kanak itu.

Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September lepas, sejumlah 415 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahun berjaya diselamatkan pihak polis.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings