the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki ditahan seludup pelbagai kotak barangan runcit bernilai lebih RM100,000

KOTA BHARU: Dua lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan pelbagai kotak barangan runcit dari Thailand dianggarkan bernilai RM178,000 dalam Operasi Taring Wawasan, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata PGA mengesan sindiket itu selepas menahan sebuah lori di sekatan jalan raya Chabang Empat Salam, Rantau Panjang.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berumur 44 dan 52 itu ditahan selepas PGA menemukan sejumlah kotak pada 2.30 petang dan mereka dipercayai menjadi penghantar barangan seludup berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam dan PGA terus mempergiatkan usaha mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, PGA turut menumpaskan kegiatan penyeludupan petrol yang dikesan di jalan hadapan sekolah kampung Simpangan, Pengkalan Kubor, Tumpat.

Nik Ros Azhan berkata rampasan dilakukan pada kira-kira 4 petang apabila ternampak sebuah kereta yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan dalam op berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati sebuah tangki minyak yang telah diubah suai dianggar bernilai RM3,000 dan lebih 40 liter minyak petrol ditemukan dalam kereta berkenaan.

“Petrol ini dipercayai untuk diseludup ke negara jiran manakala kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Hasil rampasan dibawa ke Komtak PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings