the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan komited tingkatkan perkhidmatan pentadbiran, laksana reformasi institusi – Fahmi

PUTRAJAYA: Kerajaan komited untuk terus meningkatkan dan menambah baik mutu perkhidmatan pentadbiran dengan meneliti kesemua pandangan yang diutarakan pelbagai pihak, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Merujuk kepada laporan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang telah memberikan penilaian gred D atau markah 45.8 peratus kepada Kerajaan Perpaduan, Fahmi berkata kerajaan sememangnya telah mengambil beberapa langkah perubahan termasuk mereformasi institusi.

“Insya-Allah dalam tempoh berbaki bagi sidang Parlimen kali ini, Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) akan membawa beberapa Rang Undang-Undang (RUU) yang akan mencerminkan usaha dan ikhtiar kerajaan untuk mereformasi ataupun menambah baik institusi,” katanya.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Beliau berkata lebih banyak RUU juga sedang direncanakan dan dirancang untuk dibawa ke Parlimen tahun hadapan termasuk RUU di bawah Kementerian Komunikasi.

“Contohnya RUU Majlis Media Malaysia yang sedang dalam proses akhir sebelum kita bawa ke Parlimen, tapi kita harap bacaan pertamanya adalah dalam sidang kali ini, dan ini adalah komitmen kerajaan untuk menambah baik termasuk ekosistem bagi para pengamal media,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Bersih menilai Kerajaan Perpaduan dengan gred D mengambil kira prestasi sejak dua tahun pembentukannya, selain meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri terbaik, sejak 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sri Lanka Bar Smoke & Bitters honoured with coveted Michter’s Art of Hospitality Award...

Sri Lanka's Smoke & Bitters has won the Michter's Art of Hospitality Award ahead of Asia's 50 Best Bars 2026, recognising its exceptional guest experience, locally inspired cocktails, and warm beachfront hospitality that has helped elevate the country's global bar scene.

Save the Children Hong Kong’s Play to Thrive: Prioritising personal growth over competitive success

Save the Children Hong Kong's Play to Thrive programme combines football with social-emotional learning, helping children build resilience, emotional management, teamwork and communication skills. The initiative prioritises personal growth over winning, supporting healthier development both on and off the pitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings