the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara swasta rugi lebih RM163,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

KUANTAN: Seorang pesara swasta mengalami kerugian lebih RM163,000 selepas terpedaya sindiket pelaburan tidak wujud Julai lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya lelaki itu telah menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali, yang menerangkan kepadanya berkenaan satu skim pelaburan, dan lelaki berumur lewat 50-an itu terus berminat untuk menyertainya.

Beliau berkata setelah mendaftar, lelaki itu mendapati telah menerima RM5,000 di aplikasi yang diberikan oleh syarikat pelaburan selain diberitahu mendapat keuntungan pelaburan sebanyak RM 213.05.

“Wang keuntungan itu kemudiannya dipindahkan ke akaun lelaki berkenaan. Oleh kerana tertarik dengan pelaburan tersebut, lelaki itu telah membuat 15 kali pindahan wang dari akaun miliknya ke akaun yang diberikan.

“Pesara itu kemudiannya masih tidak dapat mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan setelah melabur lebih RM163,000 malah pihak pelabur turut memberi pelbagai alasan ketika ditanya mengenai wang pelaburannya,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata lelaki itu hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings