the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kestabilan politik bolehkan kerajaan laksana anjakan, pulih ekonomi – PM

VIENTIANE: Kestabilan politik yang dinikmati Malaysia ketika ini membolehkan kerajaan melaksanakan anjakan yang perlu untuk meningkatkan kesejahteraan dan memulihkan ekonomi negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata beliau menghargai kesediaan pemimpin politik, penjawat awam serta pihak swasta yang sanggup menerima hakikat bahawa negara tidak mampu kekal pada tahap yang lama dan semua pihak perlu berubah.

“Orang bicara tentang anjakan tapi tak ramai yang faham dan cuba melaksanakan anjakan itu kerana jika tidak dilakukan perubahan yang lebih bermakna serta lebih lancar, kita akan kembali kepada keadaan yang muram dan lembab,“ katanya dalam ucapan ringkas ketika majlis ramah mesra bersama delegasi Malaysia di Laos malam ini.

Majlis makan malam itu dihoskan oleh Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud dan isterinya, Rashidah Mohd Rashid.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Anwar berkata kestabilan politik itu juga memberi ruang kepada kerajaan untuk memperbaiki tatakelola dalam memastikan pengurusan negara dapat dilakukan dengan sebaiknya.

“Kalau tanya saya, kita sudah ada kestabilan politik, kita gunakan itu untuk perbaiki tatakelola kerana tidak ada negara dengan kekayaan sebesar manapun yang mampu mengangkat martabat masyarakat, bangsa dan negara tanpa satu pengurusan yang amanah dan bertanggungjawab.

“Sehubungan itu, kerajaan dapat memperkenal dasar-dasar yang jelas dalam perindustrian, digital, tenaga serta semikonduktor yang membolehkan orang-orang (pelabur) tahu dan ini meyakinkan mereka untuk datang (melabur) dan melihat sendiri adakah kita telah mencapai tahap kecekapan yang diharapkan.

“Setakat ini, ada perubahan ke arah itu… bagaimanapun, saya selalu sebut ada ruang untuk memperbaiki,“ katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak untuk sentiasa bersemangat membawa perubahan bagi memperbaiki kekurangan yang ada.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Berkaitan telah bermula secara rasmi di ibu negara Laos pada Rabu dan berlangsung hingga Jumaat.

Anwar, yang tiba di sini pada Selasa malam, juga akan menghadiri Sidang Kemuncak Campur Satu antara ASEAN dan tujuh Rakan Dialognya iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat, dan Kanada serta Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga, Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pemimpin ASEAN dan rakan dialog lain termasuk Perdana Menteri China Li Qiang serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken turut menghadiri sidang-sidang berkenaan.

Sidang kemuncak itu akan berakhir 11 Okt ini dengan Laos menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Malaysia pada majlis penutup.

Menurut Wisma Putra, Anwar Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan yang menggariskan visi negara sebagai Pengerusi ASEAN pada majlis itu dan Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan berkenaan pada 1 Jan 2025.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings