the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Konglomerat Indonesia puji tindakan afirmatif Anwar jaga kepentingan Bumiputera

PUTRAJAYA: Pendekatan dasar tindakan afirmatif oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjaga kepentingan kaum Bumiputera dilihat sebagai satu langkah positif, kata bekas Menteri Ekonomi Indonesia, Chairul Tanjung.

Chairul, yang juga individu ketujuh terkaya di Indonesia dan pengasas konglomerat CT Corp berkata di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia melaksanakan pelbagai dasar bagi menjaga kepentingan Bumiputera di samping memastikan kemakmuran ekonomi dikongsi bersama masyarakat.

Beliau berkata dasar tindakan afirmatif Malaysia menjadi contoh terbaik bagi Indonesia dalam menggubal dasar serupa untuk memberi manfaat kepada penduduk yang majoriti beragama Islam.

“Kami (rakyat Indonesia) mahukan kesaksamaan; kita tidak meminta lebih daripada apa yang kita ada (dari segi populasi). Di Indonesia, 85 peratus penduduknya beragama Islam. Oleh itu, kami hanya meminta 85 peratus bahagian ekonomi.

“Malaysia adalah contoh yang baik kerana ia sudah mempunyai tindakan afirmatif untuk Bumiputera,” katanya kepada Bernama di luar Forum Serantau YAPEIM (FSY2024) yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), di sini, Selasa.

Chairul turut memuji komitmen cemerlang kerajaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi di rantau ini, terutamanya antara Malaysia dan Indonesia.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dalam pertemuannya dengan Anwar di Seri Perdana, pada Isnin, dengan Perdana Menteri menyatakan kesediaan kerajaan untuk berusaha meningkatkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara jiran.

“Kami (Chairul dan Anwar) sepakat bahawa kerjasama antara kerajaan itu sangat penting, begitu juga kerjasama antara rakyat, melibatkan organisasi kemasyarakatan di kedua-dua negara menjalin hubungan yang baik.

“Turut dibincangkan bagaimana rakan-rakan (perniagaan) di Indonesia boleh meningkatkan pelaburan di Malaysia. Sampai hari ini, saya rasa pelaburan Malaysia di Indonesia lebih besar berbanding pelaburan yang dibawa oleh perniagaan Indonesia ke Malaysia,“ katanya.

Perdana Menteri sebelum ini menegaskan komitmennya terhadap Agenda Ekonomi Bumiputera, yang meneruskan dasar-dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menangani ketidakseimbangan sosioekonomi.

Pendekatan itu dilaksanakan bertujuan mengimbangi tindakan afirmatif untuk Bumiputera dengan matlamat yang lebih luas untuk memupuk perpaduan dan memastikan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi.

Di bawah pentadbiran Anwar, penyertaan Bumiputera dalam sektor utama ekonomi telah diperkukuh, terutamanya dalam perolehan kerajaan, pembangunan perniagaan dan pendidikan tinggi.

Pada Kongres Ekonomi Bumiputera Februari tahun ini, Anwar menekankan keperluan untuk masyarakat Bumiputera bergerak ke arah industri bernilai tinggi dan lebih berdikari dalam ekonomi.

Beliau menekankan bahawa walaupun kerajaan akan terus menyokong Bumiputera, terdapat keperluan yang semakin meningkat untuk mengurangkan pergantungan kepada bantuan kerajaan dan sebaliknya memupuk daya saing melalui inovasi, keusahawanan dan pemodenan.

Sementara itu, Chairul, yang sebelum ini menyampaikan ucaptama mengenai kebangkitan Harimau Asia di rantau Nusantara menyatakan kerisauan terhadap umat Islam di rantau ini yang tidak menguasai ekonomi meskipun kumpulan itu membentuk 42 peratus daripada penduduk Asia Tenggara dan 25 peratus penduduk Islam dunia.

Beliau berkata terdapat beberapa faktor yang perlu diperhatikan, antaranya kekurangan akses kepada pendidikan di kebanyakan bahagian di rantau ini dan perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri.

“Kita tidak bersatu dari banyak sebab, ada perbezaan kumpulan, aliran (fahaman)… kita tidak bersatu bukan hanya di Malaysia, tetapi juga di Indonesia…kalau kita bersatu pun tidak tentu kita boleh berjaya, apa lagi kalau kita tidak bersatu.

“Semua masalah ini menyebabkan umat Islam ketinggalan secara ekonomi. Kita juga kurang mendapat pendidikan kerana kurang mendapat akses pendidikan, bagaimana mungkin kita boleh tumbuh dan berkembang?,“ katanya.

Chairul juga menekankan sektor kewangan Islam di Malaysia dan Indonesia tidak hanya tertumpu kepada instrumen konvensional seperti wakaf dan zakat, tetapi ia juga perlu terlibat dalam usaha pengembangan perniagaan.

“Pengembangan perniagaan Islam boleh memberikan kemaslahatan kepada semua pihak. Kalau kita boleh membangunkan lebih ramai usahawan daripada orang Islam, mereka kemudiannya akan mempunyai kemampuan untuk membuka perniagaan sendiri.

“Jadi sudah pasti jika ini diberi keutamaan kepada golongan yang majoriti ini, akan menjana ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan serta meningkatkan daya beli semua pihak,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings