the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan cadang bina banyak takungan air, sebahagian daripada rancangan tebatan banjir

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang membina takungan air tambahan sebagai sebahagian daripada rancangan tebatan banjir jangka pendek dan jangka panjang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata takungan air baharu berkenaan akan mengurangkan risiko banjir kilat, terutama di Kuala Lumpur.

“Perancangan ini memang sudah ada. Cuma, kita merancang mengikut kemampuan kewangan yang ada, dan apa yang ada itu kita laksanakan seboleh mungkin,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Ekonomi Baharu Asia 2024 di sini hari ini.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kebanyakan takungan air tersebut akan dibina di Kuala Lumpur di bawah pengawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Sudah ada projek yang dijalankan, tapi ada satu projek melibatkan masalah reka bentuk dan kontraktor, dan ini menjejaskan perancangan kita. Kita kena lihat bagaimana pelan pemulihan kita untuk mempercepatkan mana-mana projek yang tergendala disebabkan kegagalan kontraktor,” katanya.

Hujan lebat luar biasa dan berterusan mulai 8.30 pagi tadi di Kuala Lumpur menyebabkan beberapa sungai utama termasuk Sungai Batu, Sungai Klang, dan Sungai Gombak melimpah sehingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Menurut DBKL hari ini, taburan hujan melebihi 60 milimeter (mm) direkodkan pada waktu itu, jauh melebihi paras purata.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings