the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuti hujung minggu Johor: Agensi Pusat, negeri kerjasama atasi isu berbangkit

PUTRAJAYA: Agensi kerajaan Pusat dan negeri akan bekerjasama dalam melaksanakan beberapa tindakan bagi mengatasi sebarang isu berbangkit, susulan penyelarasan semula cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata tindakan itu antaranya berkaitan aspek pentadbiran, agar tiada sebarang isu timbul terutamanya dari segi perkhidmatan agensi Persekutuan di negeri berkenaan.

“Daripada segi penyelarasan di peringkat pusat dan negeri serta pentadbiran, memang akan diuruskan supaya tidak berlaku apa-apa isu perkhidmatan, terutama agensi-agensi Persekutuan,” katanya pada sidang media mingguan pasca-Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat Kabinet membincangkan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkait penyelarasan cuti hujung minggu di negeri berkenaan.

Semalam baginda bertitah penyelarasan semula cuti hujung minggu itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAlNJ).

Pada 1 Jan 2014, pertukaran cuti hujung minggu negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu dikuatkuasakan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim.

Dalam perkembangan lain, beliau memberi peringatan agar pengamal media lebih peka terhadap pemilihan tajuk berita, agar ia bersesuaian dengan kandungan yang dilaporkan.

“Ini teguran, saya baca dalam media sosial mengenai perbezaan antara headline, click bait (tapi) kandungan lain, saya harap rakan media boleh adakan perbincangan mengenai kewajaran dan kesesuaian mengenai pilihan headline,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings