the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Zahid hadiri mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana di Brunei

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-12 di Brunei bermula hari ini hingga 25 Okt.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan pada AMMDM ke-12, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara, diiringi Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus.

“Mesyuarat itu berfungsi sebagai forum untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu strategik dan terkini.

“Ia juga membincangkan kemajuan semasa dan status perkembangan program dan aktiviti di bawah Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) 2021-2025,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana di negara masing-masing.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan bencana, Ahmad Zahid akan menghadiri beberapa mesyuarat lain dengan rakan dialog seperti AMMDM bersama China kali keempat, AMMDM bersama Jepun kali keempat dan juga AMMDM bersama Korea Selatan kali ketiga.

Beliau juga dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara mengenai inisiatif, pelaksanaan dan kejayaan serta cabaran dalam pengurusan dan risiko bencana menerusi pendekatan yang diambil oleh Malaysia, pada Khamis.

“Pada sebelah malam, Timbalan Perdana Menteri akan meluangkan masa bertemu rakyat Malaysia yang berada di Brunei dalam satu majlis makan malam,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri bersama wakil negara ASEAN akan menghadiri Majlis Sambutan Memperingati 20 Tahun Tsunami Lautan Hindi dan Hari Pengurusan Bencana ASEAN 2024 di Taman Mahkota Jubli Emas di Bandar Seri Begawan pada Jumaat.

“Penyertaan dan kehadiran Timbalan Perdana Menteri dalam AMMDM ke-12 ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara-negara ASEAN.

“Ia sekali gus memperkuat daya tahan rantau ini terhadap bencana alam, sambil mempereratkan hubungan dengan rakyat Malaysia yang berada di luar negara,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings