the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Enam kereta elektrik China diagih ke institusi TVET- Zahid

BAGAN DATUK: Sebanyak enam kereta elektrik dari China akan diagihkan kepada institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia untuk dijadikan bahan pembelajaran amali pelajar institusi terlibat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata kereta berkenaan merupakan hadiah daripada Beifang Automotive Education Group kepada Malaysia.

“Kami merancang untuk mengagihkan masing-masing satu kenderaan elektrik (EV) ini kepada Automotive Center Institusi Kemahiran Tinggi Perda di Pulau Pinang dan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di Sarawak.

“Empat lagi kita akan agihkan kepada institusi TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuk GiatMARA, IKM (Institut Kemahiran MARA) dan beberapa yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata inisiatif berkenaan bertujuan membolehkan pelajar mendapat pendedahan teknologi baharu kenderaan elektrik yang semakin mendapat tempat dalam industri automatif, selain pendidikan berkaitan kenderaan konvensional.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata lebih 100 tenaga pengajar di negara ini telah dihantar ke China untuk mengikuti kursus automotif terbabit.

“Tempoh bagi kesemua tenaga pengajar yang menghadiri kursus berhubung automotif itu adalah antara tiga hingga enam bulan sahaja kerana ia bidang yang telah pun dipelajari mereka,” katanya.

Ahmad Zahid berkata menerusi penambahan peruntukan TVET pada Belanjawan 2025 baru-baru ini, pihaknya akan berbincang dengan Beifang untuk menambah jumlah pelajar daripada pelbagai kaum di negara ini, mengikuti latihan di institusi itu.

Kerjasama dengan Beifang International Education setakat ini menyaksikan lebih 2,000 pelajar dihantar ke China, katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings