the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rang Undang-Undang Mufti pastikan punca bidang kuasa lebih teratur – Fahmi

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) yang bakal dibentang pada sidang Parlimen akan datang tidak akan memperluas dan meningkatkan kuasa mufti.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata ia sebaliknya bagi memastikan punca bidang kuasa mufti lebih teratur serta jelas tanpa ada pertikaian berhubung tindakan yang dilakukan oleh mereka.

Beliau berkata rang undang-undang itu juga bagi membolehkan jawatan mufti mempunyai lebih ketertiban dan keteraturan daripada segi Perlembagaan serta undang-undang negara.

“Saya juga telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bahawa hampir semua fasal dan perkara yang terkandung dalam rang undang-undang itu hampir sama seperti Enakmen Fatwa Negeri Sabah berhubung mufti di negeri itu yang diluluskan pada 2004.

“Bermaksud Sabah sudah memiliki undang-undang serupa selama lebih 20 tahun. Sabah tak ada berubah daripada segi amalan ataupun kebebasan beragama, bagi yang bukan Islam kita lihat acara ataupun pesta dan keraian seperti Pesta Kaamatan masih dijalankan,” katanya selepas menghadiri Program Kesihatan Lembah Pantai bersama IMU Cares di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohd Na’im Mokhtar berkata rang undang-undang itu akan dibentang untuk bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen yang bermula pada 14 Okt depan.

Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 antara lain memberi takrifan kepada Ahli Sunah Waljamaah yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah.

Semalam, 14 kumpulan yang berpangkalan di Sarawak dan Sabah mendakwa rang undang-undang itu akan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam dalam sekelip mata.

Mereka juga mendakwa rang undang-undang itu melanggar Perjanjian Malaysia 1963 dan merupakan serangan secara langsung terhadap sistem sekular di negara ini.

Justeru, Fahmi meminta pihak yang mengeluarkan kenyataan negatif berhubung rang undang-undang itu agar meneliti semula sejarah undang-undang tersebut di Sabah.

“Jadi bagi mereka yang mengeluarkan tuduhan seperti ini, saya sarankan teliti balik sejarah (undang-undang ini di) Sabah yang sudah dibuat 20 tahun lalu, tiada sebarang kesan negatif.

“Sehubungan itu, jangan pandang serong dan perlu celik undang-undang. Kita mahu agama Islam bagi yang muslim bukan hanya untuk dihormati tetapi (juga) mahu dari segi undang-undang (ia) teratur,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings