the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kibar bendera Israel dan tulisan Hebrew tidak boleh diterima – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perbuatan mengibar bendera Israel atau menampal pelekat bertulisan Hebrew tidak boleh diterima sama sekali.

Beliau menyatakan tindakan tersebut menyinggung sensitiviti rakyat dan bercanggah dengan dasar negara.

Anwar menganggap perbuatan itu seperti satu pengkhianatan dan bersetuju dengan tindakan PDRM terhadap individu terbabit.

“Perbuatan ini menyinggung perasaan khalayak dan bertentangan dengan dasar negara keseluruhannya.”

“Dasar negara yang merentas parti termasuk soal bendera, walau apa pun matlamatnya, ia tetap salah.”

Beliau membuat perbandingan dengan situasi penjajahan untuk menggambarkan keseriusan isu tersebut.

“Mana ada negara di dunia yang ketika dijajah, rakyatnya mengibar Union Jack, bendera penjajah, dan ia akan dianggap sebagai pengkhianatan.”

Kenyataan ini dibuat semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah berhubung pendirian kerajaan terhadap acara mengibarkan bendera Israel.

Sebelum ini, polis telah membuka kertas siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel dalam program solidariti Gaza.

Polis juga menjalankan siasatan terperinci terhadap kenderaan yang didakwa menampal pelekat bertulisan Hebrew.

Pelekat tersebut didakwa membawa maksud “Malaysia adalah Rumah Kita” atau “Malaysia di Tangan Kami”. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings