the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelepasan khas cukai galak rakyat bercuti dalam negara tahun 2026

KUALA LUMPUR: Pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 merupakan usaha kerajaan menggalakkan rakyat melancong dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan langkah ini bukan sahaja merancakkan sektor pelancongan domestik malah menjana ekonomi masyarakat setempat.

Inisiatif ini juga bertujuan mengimbangi semula trend pelancongan ke luar negara yang meningkat susulan pengukuhan nilai ringgit.

“Pengukuhan ringgit membawa masalah sampingan apabila semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara seperti Thailand, Jepun dan Indonesia,“ katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menegaskan kerajaan menambah langkah menarik pelancongan domestik dengan memberikan pengecualian cukai RM1,000 untuk dibelanjakan di dalam negara.

Anwar menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse mengenai kebanjiran hampir 200,000 rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand dan membelanjakan kira-kira RM50 juta di negara itu baru-baru ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings