the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia teroka peluang kerjasama baharu dalam sektor halal dengan Kanada

KUALA LUMPUR: Malaysia melihat peluang untuk meneroka kerjasama baharu dalam sektor halal dengan Kanada, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Dengan lebih 1.15 juta penduduk Muslim di Kanada, permintaan terhadap produk halal semakin meningkat, katanya menerusi hantaran di laman Instagram hari ini.

Tengku Zafrul yang turut hadir dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatan beliau dari Kanada, Justin Trudeau semalam berkata pasaran halal Kanada yang bernilai C$1 bilion (C$1=RM3.131) menawarkan potensi besar kepada pengeluar Malaysia, terutamanya dalam produk makanan dan minuman.

“Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pasaran ini melalui kerjasama strategik dan peningkatan pelaburan dalam industri halal, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam industri global ini,” katanya.

Pada pertemuan yang berlangsung di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Laos, Tengku Zafrul berkata Perdana Menteri menekankan hasrat untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor ekonomi.

Beliau berkata kerjasama ekonomi antara Malaysia-Kanada semakin kukuh dengan perdagangan dua hala mencecah RM8.05 bilion setakat Ogos lepas, meningkat sebanyak 41 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Katanya selepas Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), perdagangan dua hala meningkat sebanyak 25 peratus, dengan perjanjian ini membuka akses bebas duti bagi perdagangan barangan antara kedua-dua negara.

Beliau berkata peningkatan ini dipacu oleh kenaikan eksport Malaysia ke Kanada sebanyak 68.1 peratus dan import dari Kanada sebanyak 16.8 peratus.

“Sektor seperti teknologi bersih, pertanian dan aeroangkasa terus menjadi penyumbang utama,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings