the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Prof Mohd Alauddin cerita layanan kasar tentera Israel, tangan dikilas, diseret 200 meter

SEPANG: “Dua askar tangkap saya, kilas tangan ke belakang dan seret dalam 200 meter,“ kata Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali ketika menceritakan layanan kasar oleh tentera Israel ketika beliau menjadi tahanan rejim Zionis baru-baru ini.

Mohd Alauddin yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza bersama lapan sukarelawan Malaysia lain berkata askar Israel bertindak kasar sebaik mereka tiba di Pelabuhan Ashdod.

“Dia (tentera Israel) suruh melutut selama sejam,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Tangan yang dilipat ke belakang itu macam nak patah.”

“Itulah layanan paling kasar terhadap saya selain daripada kena duduk dalam kandang.”

Mohd Alauddin yang merupakan ketua sukarelawan Malaysia dalam misi kemanusiaan ke Gaza itu selamat tiba di tanah air petang tadi.

Beliau tiba menaiki pesawat Turkish Airlines TK60 dari Istanbul yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 4.01 petang.

Lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Conscience semasa misi itu ialah Dr Mohd Alauddin, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.

Seorang lagi doktor perubatan Dr Maziah Muhammad berada di atas kapal Umm Saad.

Mohd Afandi pula berkata mereka hanyalah aktivis biasa yang meneruskan kesinambungan sukarelawan global lain dalam usaha menghentikan kezaliman Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Kami di sini bukan sebagai wira, bukan sebagai hero,“ katanya.

“Tapi kami nak tunjukkan bahawa kerakusan dan kejahatan Israel bukan hanya pada penduduk Gaza, malah kepada seluruh dunia.”

“Kami telah ditangkap, diculik di lautan antarabangsa dan ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.”

Sementara itu, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Datuk Seri Prof Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata perjuangan membebaskan bumi Palestin akan diteruskan melalui pelbagai gelombang dan kaedah.

“Misi ini tidak perlu sampai ke Gaza untuk berjaya,“ katanya.

“Ketika dunia mula memerhati dan kita semua resah tentang nasib rakyat Gaza, objektif misi ini sudah tercapai.”

“Israel boleh menahan kapal dan memenjarakan aktivis kita, namun gelombang flotila ke Gaza akan terus belayar dan tidak meruntuhkan semangat solidariti semua.”

Misi kemanusiaan FFC x TMTG itu melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 negara, menaiki sembilan kapal termasuk kapal Conscience dan Umm Saad.

Kapal-kapal tersebut dipintas tentera Zionis ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza pada 8 Oktober lepas, sebelum ditunda ke Pelabuhan Ashdod dan kemudiannya dipindahkan ke penjara Ketziot di Negev, Israel.

Kapal-kapal berkenaan dipintas tentera Israel pada 10.50 pagi waktu Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh rejim Zionis yang menahan kapal misi kemanusiaan itu.

Anwar berkata tindakan menahan kapal yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat.

Pada hari sama, Wisma Putra telah menghubungi Turkiye dan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Christopher Landau, sebagai usaha menyegerakan pembebasan sembilan aktivis Malaysia yang ditahan tentera Israel.

Pada 10 Oktober, sembilan aktivis itu dibebaskan dan telah dipindahkan keluar dari Israel menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921.

Mereka tiba di Istanbul, Turkiye, pada 2.30 petang waktu tempatan atau 7.30 malam waktu Malaysia. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings