the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Buruh dipenjara tiga tahun, cederakan polis dengan gunting pemotong pokok

KOTA BHARU: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mencederakan dan menggunakan kekerasan terhadap anggota polis, minggu lalu.

Majistret Rais Imran Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Tarmizi Ishak, 34, dalam prosiding tertutup di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Tertuduh dimasukkan ke HRPZ II kerana cedera pada bahagian paha kirinya selepas ditembak anggota polis kerana bertindak agresif semasa tangkapan terhadapnya dijalankan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi pertuduhan pertama dengan satu sebatan manakala penjara setahun bagi kesalahan kedua dan memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula hari ini.

Ahmad Tarmizi didakwa mencederakan kedua-dua lengan Muhamad Yusuf Mohamad Fuad, 31, dengan menggunakan gunting pemotong pokok mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat, atau mana-mana daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam iaitu mangsa sama yang merupakan anggota Balai Polis Badang semasa menjalankan kewajipannya.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan berkenaan dilakukan di Kampung Kijang, Badang, Jalan Kuala Besar di sini, pada jam 1 pagi, 31 Ogos lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Mohd Bakri memohon hukuman berat kerana tertuduh menggunakan senjata terhadap anggota polis yang sedang menjalankan tugas, selain memberi mesej jelas kepada masyarakat untuk menghormati penguat kuasa yang menjalankan tugas dalam mencegah jenayah.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Rais Imran menasihatkan tertuduh yang tidak diwakili peguam agar menghormati tugas penjawat awam dan tindakannya itu merisikokan keselamatan anggota polis yang bertugas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings