the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tebing sungai runtuh, Gamuda henti kerja pembinaan projek bekalan air Sungai Rasau

KUALA LUMPUR: Tebing sungai di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1 ) runtuh menyebabkan limpahan air sungai memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek itu di Taman Mas, Puchong, Selangor pada petang Sabtu (Sept 7).

Gamuda Berhad dalam kenyataan memaklumkan bagaimanapun, tiada kecederaan dialami oleh pekerja pembinaan mahupun orang awam dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 2 petang itu.

“Air melimpah memenuhi tapak pembinaan,“ menurut kenyataan itu pada hari Sabtu.

Sehubungan dengan itu, semua kerja pembinaan di tapak projek bekalan air itu dihentikan sementara bagi menilai keadaan dan melaksanakan protokol keselamatan tambahan.

“Semua pihak di tapak pembinaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pakar untuk menyiasat punca kejadian dan menentukan tindakan yang sesuai … keutamaan kami ialah keselamatan pekerja, orang awam dan alam sekitar,“ menurut Gamuda.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata JBPM mengarahkan kepada pihak pengurusan projek itu untuk memberhentikan kerja-kerja pembinaan.

“Runtuhan tebing sungai telah menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air sedalam 19 meter,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings