the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Takungan semasa air di tiga empangan MADA mencukupi untuk pertanian, kegunaan domestik

ALOR SETAR: Jumlah keseluruhan takungan air di tiga empangan kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ketika ini masih mampu memenuhi permintaan dan keperluan bagi tujuan pengairan tanaman padi musim ini selain bagi kegunaan domestik dan industri.

Dalam kenyataan hari ini, MADA memaklumkan bahawa kedudukan semasa keseluruhan takungan air di Empangan Muda, Empangan Pedu dan Empangan Ahning adalah sebanyak 44.14 peratus.

“Sumber air utama pengairan padi bagi Musim 1/2024 adalah daripada pelepasan empangan dan sehingga hari ini, aktiviti penanaman padi mencapai 99.3 peratus iaitu seluas 99,963.9 hektar dengan berbunga 4,051.8 hektar dan mencapai peringkat masak 67.4 hektar,” katanya.

MADA menyatakan pihaknya pada masa ini telah melepaskan air sebanyak 3,100 kaki padu sesaat dari Empangan Pedu bagi tujuan pertanian, kegunaan domestik dan industri.

Sementara itu, lembaga itu memaklumkan hasil Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan sejak kelmarin telah meningkatkan isipadu aliran masuk air ke Empangan Muda.

“Semalam, Stesen Hujan di Empangan Muda merekodkan bacaan sebanyak 2 milimeter (mm) hujan di dalam kawasan tadahan empangan hasil OPA,” katanya.

Pihak MADA masih menilai keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan OPA memandangkan operasi itu masih diteruskan pada hari ini.

Dalam pada itu, laman web MADA menyatakan kapasiti semasa takungan Empangan Pedu ialah 39.71 peratus, Empangan Muda 8.04 peratus dan Empangan Ahning 81.76 peratus.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings