the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Mahkota – Syed Hussien enggan selesa, tidak pandang rendah lawan

KLUANG: Walaupun sokongan pengundi dianggap positif, calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah enggan berasa selesa, sebaliknya bertekad untuk terus bekerja keras sehingga tamat tempoh berkempen.

Beliau sekali lag menegaskan bahawa selain kempen kepada pengundi di kawasan, jentera juga akan terus mempergiatkan kempen terhadap kumpulan pengundi ‘senyap’ dan mereka yang menetap di luar DUN Mahkota menerusi media sosial. Ini bertujuan untuk memastikan peratusan keluar mengundi pada 28 Sept ini, adalah memuaskan.

“Jangan pandang rendah lawan. Walaupun ramai yang mengenali saya dan keluarga di sini, namun masih perlu beringat lawan juga ada kelebihan dan ini (PRK DUN Mahkota) tetap pertandingan yang tidak boleh dipandang ringan. Jangan berasa terlalu selesa.

“Fokus kita untuk terus mendekati pengundi kerana setiap undi amat penting untuk memastikan kejayaan parti,“ katanya kepada Bernama selepas menghadiri Program Desa Cergas di Laman Komuniti Kampung Melayu di sini hari ini.

PRK DUN Mahkota pada 28 Sept ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Syed Hussien dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas, semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini,.

Pilihan raya sebelum ini menyaksikan Sharifah Azizah yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,166 undi pada pertembungan empat penjuru menentang Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings