the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Menteri Kanan Singapura Lee tiba di Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong

SEPANG: Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur esok.

Pesawat komersial yang membawa Lee bersama isterinya Ho Ching serta delegasi beliau mendarat di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada 4.15 petang.

Lee diiringi Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan dan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad dan Menteri Negara Kanan bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia yang juga Menteri Negara Kanan bagi Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri Singapura dalam satu kenyataan memaklumkan Lee adalah antara kumpulan pemimpin asing terpilih yang diundang oleh Seri Paduka Baginda untuk menghadiri istiadat pertabalan itu.

Semasa lawatan berkenaan, bekas perdana menteri itu akan menghadiri istiadat pertabalan dan Majlis Santapan Diraja.

Lee juga dijadualkan bertemu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Raja-Raja Melayu, menteri dan pemimpin Malaysia, serta akan berucap pada majlis makan malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.

Acara-acara bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 bermula semalam dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara, diikuti Khutbah Jumaat Khas hari ini.

Selain itu, pada 20 Julai akan berlangsung Majlis Santapan Diraja di Istana Negara, manakala Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai.

Pameran Raja Kita akan diadakan di Muzium Negara pada 25 Julai sebelum acara-acara bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong diakhiri dengan Majlis Jamuan Teh Diraja pada 27 Julai di Istana Negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings