the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gugur kes penipuan: SPRM tahan pegawai, anggota penguat kuasa disyaki terima RM20,000

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai dan dua anggota penguat kuasa yang disyaki meminta serta menerima rasuah sebagai balasan untuk menggugurkan satu kes penipuan.

Sumber SPRM berkata suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan dalam operasi kira-kira 6 petang pada Rabu hingga 12 tengah malam tadi di sekitar Selangor serta Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati pengadu telah berjumpa dengan pegawai penguat kuasa berkenaan bagi melepaskan isterinya yang ditahan pada 8 Julai lepas kerana disyaki terbabit dalam satu kes penipuan.

“Bagaimanapun, pegawai terbabit telah meminta pengadu berurusan dengan seorang anggota penguat kuasa yang bertindak sebagai orang tengah dan diminta memberikan wang rasuah kira-kira RM20,000 melalui anggota tersebut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, pengadu telah menyerahkan wang RM20,000 itu melalui dua transaksi kepada seorang anggota penguat kuasa yang dipercayai akan dikongsi dengan pegawai dan seorang lagi anggota penguat kuasa.

Menurut sumber, Majistret Learani Augustine membenarkan pegawai penguat kuasa berusia 30-an itu ditahan reman selama tiga hari hingga 14 Julai ini manakala anggota penguat kuasa wanita berumur 20-an direman hingga esok selepas SPRM mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini .

Beliau berkata Majistret Irza Zulaikha Rahanuddin pula mengeluarkan perintah reman selama lima hari hingga 15 Julai ini terhadap seorang anggota penguat kuasa lelaki berusia 30-an.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings