the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan pemilik akaun TikTok disyaki ugut, fitnah pempengaruh wanita

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap seorang pempengaruh media sosial di sebuah kelab golf di Rawang, Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata wanita berusia 35 tahun itu disyaki melakukan ugutan terhadap mangsa yang dikenali sebagai Rajeswary atau Esha melalui akaun TikToknya.

Beliau berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 39 tahun pada Sabtu lepas berhubung kejadian yang dipercayai berlaku antara 30 Jun hingga 1 Julai lepas.

“Lelaki itu mengesan dua hantaran melalui aplikasi TikTok mengenai fitnah dan ugutan terhadap Rajeswary (Esha) dan kedua-dua akaun tersebut telah menggunakan gambar Rajeswary sebagai latar belakang kandungan video yang dimuat naik ke akaun masing-masing.

“Kandungan tersebut juga didapati mengandungi ugutan dan ancaman kepada Rajeswary (Esha) serta turut menggunakan kata-kata kesat dan lucah,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Sukarno berkata hasil semakan pihaknya mendapati tohmahan dan fitnah yang dilaporkan wujud berdasarkan tangkap layar yang dikemukakan oleh lelaki itu serta disyaki kandungan tersebut telah dipadam.

Beliau berkata wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah jagaan orang tua itu direman hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.

“Kita masih mengesan seorang lagi pemilik akaun (Tiktok) bagi membantu siasatan

“Kes tersbut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib),” katanya.

Semalam Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melawat keluarga seorang pempengaruh TikTok yang didakwa membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber, di Gombak Setia di sini.

Mayat pempengaruh wanita berumur 29 itu ditemui di rumahnya kira-kira 11 pagi, Jumaat lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings