the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan

GUA MUSANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Timbalan Perdana Menteri dalam pada itu turut mengalu-alukan pihak yang melemparkan tuduhan berkenaan untuk mengemukakan bukti mengikut saluran perundangan di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Jangan hanya menuduh kita (BN) sahaja menggunakan jentera kerajaan, bagaimana pula dengan kerajaan negeri Kelantan? Saya pasti ada,“ katanya pada sidang media semasa program Temu Mata bersama warga Peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan masyarakat di kampung Renok Baru, di sini hari ini.

Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN) bagi PRN DUN Nenggiri Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di laman Facebook semalam, mendakwa bahawa kenderaan kerajaan digunakan untuk aktiviti berkempen di PRK Nenggiri, yang katanya menyalahi peraturan.

PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan pada 17 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan, dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata walaupun kemenangan BN pada PRK itu tidak akan mengubah struktur kerajaan negeri Kelantan, namun ia sudah pasti akan mengubah nasib rakyat di DUN berkenaan.

Beliau berkata BN telah memilih calon terbaik untuk DUN itu dan Mohd Azmawi Fikri telah membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang isu peribadi.

“Kalau kita pilih calon yang baik, Insya-Allah kita akan memberikan keberhasilan yang baik kepada pemegang taruh (penduduk Nenggiri) nanti,“ katanya.

Ahmad Zahid turut menyeru semua jentera BN untuk bekerja kuat bagi mengembalikan DUN Nenggiri kepada BN yang sebelum ini merupakan kubu kuat parti itu.

“Kita ada tempoh seminggu sahaja lagi, kita ada calon dan jentera terbaik. Tidak ada sebab mengapa kita tak boleh tebus Nenggiri untuk dimenangi oleh BN,“ katanya.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim, digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Kerusi DUN berkenaan telah dipertandingkan sejak 2004 dan setakat ini telah melalui lima pilihan raya dengan empat daripadanya dimenangi BN. Kali terakhir dimenangi Mohd Azizi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings