the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LTSIP kendali 1.3 juta penumpang dalam tempoh sembilan bulan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali 1.3 juta penumpang, naik 122.9% dengan penerbangan sulung Scoot dari Singapura

KOTA BHARU: Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini mengendalikan sejumlah 1.3 juta penumpang dalam tempoh sembilan bulan sejak Januari lepas.


Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd Datuk Mohd Izani Ghani berkata jumlah itu meningkat sebanyak 122.9% berbanding tempoh sama tahun lepas.


Beliau menyatakan peningkatan jumlah penumpang menunjukkan pertumbuhan luar biasa dalam permintaan perjalanan udara ke Kota Bharu.


Mohd Izani menegaskan LTSIP kini bukan sekadar pintu masuk negeri Cik Siti Wan Kembang tetapi juga menjadi nadi penting pertumbuhan ekonomi dan pelancongan di Pantai Timur.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pemerkasaan dan Pemuliharaan Rebana Ubi dan Majlis Sambutan Penerbangan Sulung Scoot di LTSIP malam tadi.


Mengulas penerbangan sulung tersebut, beliau berkata penerbangan terus dari Singapura itu membawa 50 penumpang dan akan diterbangkan dua kali seminggu.


Penerbangan tersebut akan beroperasi pada hari Jumaat dan Ahad dengan tempoh perjalanan satu jam 15 minit.


Mohd Izani berkata pihaknya mengalu-alukan penerbangan antarabangsa ke Kota Bharu sebagai usaha mempromosikan negeri kepada pelancong.


Beliau menyatakan keyakinan bahawa kemudahan baharu lapangan terbang ini mampu menampung peningkatan kedatangan pelancong.


Mohd Izani berkata laluan Kota Bharu-Bangkok atau Kota Bharu-Jakarta boleh dipertimbangkan sekiranya perjalanan Singapura-Kota Bharu mendapat sambutan baik.


Beliau turut menyatakan harapan untuk menjalin kolaborasi dengan pelbagai agensi bagi merancakkan sektor pelancongan di Kelantan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings