the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cheng Hoe dilantik ketua jurulatih Police Tero FC

KUALA LUMPUR: Bekas pengendali Selangor FC Tan Cheng Hoe (gambar) dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Thailand, Police Tero FC, hari ini.

Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh Police Tero menerusi hantaran di laman Facebook rasmi pasukan itu

“Police Tero FC mengumumkan pelantikan Tan Cheng Ho sebagai ketua jurulatih dan memindahkan jurulatih Yong Warawut Srimakha sebagai presiden teknikal. Selamat datang jurulatih Tan Cheng Hoe,” menurut hantaran itu.

Perkembangan baharu itu sekali gus menjawab desas-desus berhubung hasrat Cheng Hoe membimbing sebuah kelab di negara Gajah Perang berkenaan selepas tidak lagi bersama pasukan Selangor semalam.

Semalam, Selangor FC menerusi kenyataan memaklumkan akan memulakan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024 dengan ketua jurulatih baharu.

Kenyataan itu memaklumkan Selangor FC telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa serta-merta.

Tempat Cheng Hoe bakal diisi Nidzam Jamil selaku ketua jurulatih sementara, dalam pada menunggu pelantikan ketua jurulatih baharu.

Sejak dilantik pada September 2022, Cheng Hoe telah membantu Gergasi Merah menjadi naib juara Piala Malaysia 2022 dan Liga Super Malaysia 2023, sekali gus memastikan mereka layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk musim 2024/2025. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings