the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kempen “Jom Beli Produk Hijau” diteruskan tahun ini: Nik Nazmi

BANGI: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meneruskan kempen “Jom Beli Produk Hijau” pada tahun ini dalam usaha menggalakkan pembelian produk hijau dalam kalangan masyarakat.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kempen itu yang diadakan selama empat bulan bermula September tahun lepas mencatatkan perkembangan positif.

Kempen berkenaan telah mencatatkan jualan lebih RM250,000 dengan 3,000 barangan atau produk terjual melibatkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Ini satu usaha positif sebab kerajaan ada dasar perolehan hijau…kami teruskan (kempen ini) tahun ini dan akan maklumkan tentang butiran program beli barangan hijau,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kempen “Jom Beli Produk Hijau” di sini, hari ini.

Kempen yang dianjurkan pada tahun lepas itu adalah usaha bersama antara Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) dan e-pasaran terkemuka, Shopee Malaysia, dengan memanfaatkan landskap digital untuk menjangkau khalayak yang lebih luas.

Kempen itu akan menampilkan produk hijau yang diperakui di bawah skim pengiktirafan tanda MyHIJAU dan label disahkan hijau lain termasuk barangan isi rumah seperti detergen, cat, produk pembungkusan, peralatan dapur dan kertas.

Nik Nazmi berkata NRES akan mengadakan pelbagai aktiviti dan libat urus bagi menggalakkan lebih ramai pihak menggunakan produk hijau di negara ini.

“Kerajaan juga ada dasar perolehan hijau yang akan ditambah baik,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings