the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan sedia pertimbang bantu Jasmine Suraya sambung pengajian di Los Angeles – Fahmi

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu pelakon wanita Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 35, menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihaknya sedia membantu Jasmine Suraya sekiranya perkara yang dikemukakan adalah bersesuaian.

“Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni atau dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Ramadan CSR dan Iftar Perdana Lembah Pantai bersama Foodpanda Malaysia dan rakan kolaborasi di IWK Eco Park@Pantai Dalam di sini hari ini.

Sebelum ini, Jasmine Suraya dilapor terpaksa menjual beberapa barangan peribadi termasuk kereta bagi menanggung kos pengajiannya selama setahun di Los Angeles yang menelan belanja RM400,000 bermula April depan.

Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings