Wednesday, October 29, 2025
31.4 C
Malaysia
spot_img

Perak rekod projek solar berskala besar tertinggi di Semenanjung

Bernama

Perak catat 28 projek solar berskala besar dengan kapasiti 1,441.3 MW, sumbang enam peratus kepada sasaran tenaga hijau negara 2035.

KUALA LUMPUR: Perak merekodkan jumlah projek Solar Berskala Besar tertinggi di Semenanjung dengan 28 projek berkapasiti keseluruhan 1,441.3 megawatt.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir menyatakan kapasiti ini bersamaan kira-kira enam peratus daripada sasaran tenaga hijau negara menjelang 2035.

Pencapaian itu menjadikan Perak antara penyumbang utama kepada kapasiti tenaga boleh baharu negara sebanyak 23,000 megawatt atau 40 peratus menjelang 2035 di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.

Beliau berkata kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah menganugerahkan 117 projek LSS dengan kapasiti 6,028 megawatt dari LSS 1 hingga LSS 5+ sehingga 31 Ogos 2025.

Kesinambungan program itu diteruskan melalui LSS 6 yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 dengan pelaburan swasta sekitar 6 billion ringgit.

Pelaburan tersebut dijangka menjana hampir dua gigawatt tenaga solar untuk negara.

Usaha ini dijangka melonjakkan kapasiti tenaga boleh baharu melebihi 10 gigawatt di Semenanjung menjelang 2030.

Sasaran ini selari dengan matlamat 70 peratus tenaga boleh baharu pada tahun 2050.

Akmal Nasrullah menegaskan peralihan kepada tenaga hijau tidak akan menyebabkan kenaikan tarif elektrik.

Beliau menekankan bahawa transformasi tenaga sebaliknya membuka peluang pekerjaan dan penyertaan kontraktor tempatan di negeri terlibat. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Arrow Electronics Supports EMASS in Driving Ultra-Low-Power Edge AI Technology with ECS-DoT SoC

Arrow Electronics and EMASS — a global provider of technology solutions, and an edge-AI-focused-semiconductor developer, respectively — have announced a collaboration to accelerate the deployment of ultra-low-power edge AI solutions across wearables, industrial IoT and smart sensing devices, using EMASS's ECS-DoT System on Chip (SoC).

Most Viewed

XTransfer Returns to Hong Kong FinTech Week and Singapore FinTech Festival 2025

XTransfer, World's Leading B2B Cross-Border Trade Payment Platform,will participate this year in two world-class fintech events simultaneously, Hong Kong FinTech Week 2025 and Singapore FinTech Festival 2025.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img