the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Inspektor polis antara tujuh ditahan disyaki larikan lelaki Bangladesh

SEREMBAN: Seorang inspektor polis antara tujuh individu ditahan disyaki terlibat melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dari sebuah rumah di sini pada 10 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata penahanan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada abang mangsa yang berusia 32 tahun, kira-kira 1 pagi pada hari sama dengan menyatakan adiknya yang berumur 27 tahun dikurung oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah di daerah ini.

“Mangsa yang merupakan pekerja kontrak pendawaian elektrik dikatakan berhutang dengan seorang daripada lelaki berkenaan dan diarah supaya membayar hutang berjumlah RM25,000 atau akan dipukul.

“Polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Mambau dan berjaya menyelamatkan mangsa pada 10.30 malam, keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan tiga lelaki tempatan dan tiga lelaki warga Bangladesh berusia antara 31 hingga 57 tahun dan kemudiannya mendedahkan penglibatan seorang inspektor polis dalam kejadian itu.

Arifai berkata pegawai polis berusia 57 tahun itu kemudian ditahan di Perak, kira-kira 11.15 pagi pada 12 Jan.

Kesemua lelaki terbabit, katanya direman hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Taiwan entrepreneur Time Light Care brings smart elderly care to mainland as silver economy...

Time Light Care is expanding smart elderly care services in mainland China by combining Taiwan's long-term care experience with digital health technologies, as rising demand and supportive policies drive growth in the country's rapidly expanding silver economy.

Media startup World & New World Journal redefines global current affairs with 7-language service

World & New World Journal is expanding access to global affairs by providing free expert analyses and world leaders' speeches in seven languages, aiming to remove language and cost barriers while reaching readers in 148 countries through its multilingual platform.

Reassessing the Indus Basin water debate

Pakistan's recent water scarcity claims in the Indus Basin are contradicted by its own hydrological data showing abundant inflows and high downstream flows.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings