the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Raja Permaisuri Agong ziarah pesakit kanak-kanak Hospital Tunku Azizah KL

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mencemar duli menziarahi pesakit kanak-kanak di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.

Seri Paduka meluangkan masa lebih sejam menyantuni kira-kira 40 pesakit berumur bawah 15 tahun di hospital berkenaan dan mengurniakan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Raja Zarith Sofiah kemudiannya mencemar duli melawat Sekolah Dalam Hospital (SDH) HTA yang menyediakan kelas untuk pesakit sekolah rendah dan menengah.

SDH ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bagi menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan berstruktur dalam persekitaran yang kondusif bagi murid yang sedang menerima rawatan.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Pengarah Hospital Kuala Lumpur Datin Dr Rohana Johan dan Pengarah HTA Dr Shamsul Anuar Kamarudin. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings