the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SHMMP Tahun Baharu Cina 2024: 43 kes gagal guna tanda harga khas, satu tiada tanda harga

PUTRAJAYA: Sebanyak 43 kes gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu dan satu kes tiada tanda harga telah diambil tindakan undang-undang susulan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2024 bermula 6 Feb lepas.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Azman Adam dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya tidak mengesan kesalahan berkaitan menjual melebihi harga maksimum sepanjang pelaksanaan skim itu.

“Sepanjang pelaksanaan skim ini, sebanyak 6,186 pemeriksaan telah dijalankan terhadap premis perniagaan di seluruh negara merangkumi 118 pemeriksaan premis borong dan pengeluar serta 6,068 premis runcit,” katanya.

Beliau berkata Tahun Baharu Cina disambut pada 10 Feb dan pelaksanaan SHMMP yang berkuat kuasa hingga 14 Feb merupakan langkah kerajaan menangani kos sara hidup semasa sambutan perayaan itu.

Sebanyak 11 jenis barangan harga terkawal berserta harga maksimumnya telah diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP iaitu udang putih, ikan bawal putih, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak), kobis bulat import, ubi kentang import, bawang putih, halia tua import, lobak putih import dan lobak merah. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings