the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPM utamakan siasatan kematian Zara Qairina – Fadhlina

KUALA LUMPUR: Kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) ketika ini, menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Beliau menegaskan komitmen untuk memastikan siasatan dilaksanakan secara telus demi keadilan.

“Kita (KPM) menyerahkan sepenuhnya dan memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jadi, untuk isu ini semua soal dalam aspek memberikan bantuan dalam siasatan, kita beri tumpuan penuh… kita juga perlu berlaku adil dengan memastikan kesejahteraan warga sekolah,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat.

Zara Qairina, 13 tahun, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu. Pelajar itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Fadhlina turut menyentuh pindaan Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan Dewan Rakyat, bertujuan mewajibkan pendidikan menengah dan meningkatkan tanggungjawab ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.

“Kita telah menyelaraskan bantuan di peringkat KPM untuk memastikan anak-anak kita ini mendapat bantuan yang sewajarnya baik dari segi soal biasiswa dan soal yang terkait rapat dengan bantuan persekolahan lain seperti uniform dan sebagainya,” jelasnya – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings