the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saifuddin Nasution beri penjelasan pindaan perlembagaan hak kewarganegaraan kepada Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sedang mengadakan siri penjelasan kepada Ahli Parlimen berkaitan langkah kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung peruntukan hak kewarganegaraan kanak-kanak.

Beliau berkata penjelasan itu diharap dapat menjawab pelbagai persoalan yang timbul berkenaan pindaan tersebut susulan bantahan oleh sesetengah pihak.

“Saya yakin jika saya terus berpeluang beri penjelasan seperti ini, pindaan ini boleh mendapat sokongan yang diperlukan (di Parlimen),“ katanya selepas merasmikan Dialog Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2024 di Maktab PDRM, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim daripada PKR pada Ahad lepas menyuarakan ikrar untuk membantah cadangan pindaan itu dan mendakwa tiada sebab untuk meminda peruntukan yang telah berkuat kuasa selama ini.

Bantahan yang disuarakan itu berhubung cadangan meminda Jadual Kedua, Bahagian III, Seksyen 19(b) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak terbuang menerusi penguatkuasaan undang-undang.

Saifuddin Nasution turut mengulangi komitmennya untuk menyelesaikan baki 14,000 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15a Perlembagaan Persekutuan secara kuat kuasa undang-undang bagi anak luar nikah, anak angkat atau anak terbiar yang melebihi umur bayi sebelum 31 Dis ini.

Beliau berkata secara keseluruhannya, terdapat 59,000 permohonan di bawah kategori itu sejak 2013 sehingga kini dengan 35,000 daripada jumlah itu telah diproses dan 98 peratus berjaya mendapat kewarganegaraan.

Selain itu, Saifuddin Nasution berkata terdapat 142 permohonan kewarganegaraan bagi bayi terdampar (dijumpai) yang diluluskan sejak 2014 sehingga tahun lepas yang diperolehi dengan menyediakan laporan polis, hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengulas mengenai kes ajaran Ahmadi – Agama Keamanan dan Cahaya, Saifuddin Nasution berkata pihaknya telah berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar untuk mengetahui jika ajaran tersebut mempunyai unsur ancaman ketenteraman dan keselamatan awam.

“Jadi, interaksi saya dengan (Mohd) Na’im begitu kerap dan dekat, buat masa sekarang ia (siasatan mengenai akidah yang dijalankan) adalah memadai, Mohd Na’im dan pihak polis (akan mengambil tindakan jika) ia membabitkan ketenteraman awam,” katanya

Khamis lepas Mohd Na’im dilaporkan berkata ajaran Ahmadi – Agama Keamanan dan Cahaya bertentangan dengan syariat Islam, selain pihaknya telah memastikan semua kandungan mengenai ajaran itu di media sosial diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan PDRM dengan segera bagi mengelakkan masyarakat terpengaruh. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings